Click here for Myspace Layouts




CUTI TAHUN BARU CINA
Tarikh : 08 - 12 Feb.2016



Sekapur Sireh

Pn.Florence@ Chong Mee Fook
Guru Besar SK.Sung Siew,Sandakan

Terlebih dahulu saya merakamkan ucapan ribuan terima kasih kerana diberi ruang untuk menyampaikan sepatah dua kata di dalam Laman Web Sekolah Kebangsaan SK.Sung Siew, Sandakan ini. Syabas dan tahniah kepada unit ICT sekolah yang telah berjaya melahirkan laman blog SK.Sung Siew yang berwajah baru dan lebih mesra pengguna bagi menggantikan laman web sekolah yang sebelum ini agak bermasalah untuk dilayari .

Dengan adanya Laman Blog sekolah ini maka sama-samalah kita menggunakan segala kemudahan untuk menuju ke arah pemodenan. Segala kemudahan ini adalah demi kemajuan anak-anak didik kita di masa akan datang agar setanding dengan negara-negara maju yang lainnya.Adalah diharapkan agar ianya akan dapat memberikan maklumat yang terkini tentang perkembangan dan aktiviti sekolah dari semasa ke semasa di samping dapat bertukar-tukar dan berkongsi maklumat dengan sekolah-sekolah yang lain .

Adalah diharapkan juga, dengan pembinaan Laman Blog ini, ianya menjadi platform kepada para guru, ibu bapa dan juga murid-murid untuk penyampaian maklumat yang lebih efektif dan terkini. Di samping itu, melalui laman Blog ini juga, ianya dapat mengeratkan lagi permuafakatan dan menggalakkan penglibatan para ibu bapa di dalam pendidikan anak-anak serta kemudahan ini juga dapat digunakan semaksima yang mungkin agar anak didik kita mendapat manfaatnya di masa akan datang.
Sebelum saya mengakhiri kata-kata aluan ini,izinkan saya menyampaikan serangkap pantun;

Pergi memancing ke pulau Jerami,
Terpancing pula si ikan gelama,
Selamat datang ke laman blog kami,
Pelbagai maklumat dikongsi bersama



Selamat melayari laman blog sekolah kami.
| edit post
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
- See more at: http://kaki-blog-htj.blogspot.com