Click here for Myspace Layouts




CUTI TAHUN BARU CINA
Tarikh : 08 - 12 Feb.2016



Sambutan Hari Raya Aidil Fitri Peringkat Sekolah 2011

Sambutan Hari Raya peringkat sekolah ini telah diadakan pada 21.09.2011(Rabu)di Pentas Budaya sekolah. Sambutan dijalankan secara dua sesi pagi dan petang. Pelbagai aktiviti yang diadakan bagi memeriahkan lagi suasana sambutan seperti pertandingan menganyam ketupat, pertandingan tulisan khat dan pertandingan fesyen raya. Walaupun sambuatn diadakan secara sederhana tetapi cukup meriah dengan penyertaan segenap warga sekolah.
Malaysia Asean Schools Math Olympiads (MASMO) 2011 Contest

Pertandingan Malaysia Asean Schools Math Olympiads (MASMO) 2011 ini telah dijalankan di Bilik Gerakan SK.Sung Siew pada 26 April 2011. Dalam pertandingan ini adik Muhammad Asyraf Mohammad Tan dari kelas 6 Amanah telah merangkul Bronze Award manakala adik Farah Nur Iman Mantaib mendapat Merit Award.Penyampaian sijil dan hadiah telah disempurnakan oleh Guru Besar pada 19.09.2011 semasa perhimpunan pagi.Pihak sekolah mengucapkan tahniah di atas pencapaian pelajar yang berkenaan.
Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Sekolah 2011

Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Sekolah ini telah dijalankan pada 12.09.2011 (Isnin) bertempat di Pentas Budaya SK.Sung Siew. Sambutan telah dijalankan secara dua sesi pagi dan petang.Beberapa acara telah diadakan yang melibatkan penyertaan murid dan guru.Sambutan dijalankan secara sederhana tetapi penuh bermakna demi menanamkan semangat kemerdekaan dikalangan murid dan guru.
Program Solat Hajat Pelajar Islam UPSR 2011

Program ini dijalankan pada 8 September 2011 bertempat di Masjid NurulSyakirin,Taman Indah Jaya, Sandakan. Program Solat Hajat ini bertujuan untuk memohon keberkatan dan keredaan dari Allah S.W.T agar dapat memberi hidayah dan kekuatan dalam menghadapi UPSR yang bakal dihadapi sekaligus berdoa memohon kejayaan yang cemerlang setelah berusaha. Program ini juga disertai oleh para ibu bapa pelajar. Semoga segala semua usaha para pelajar mencapai kejayaan yang cemerlang.
Program Tentatif Kem Gemilang UPSR 2011

Program ini dijalankan selama tiga hari pada 5, 6 dan 7 September 2011 bertempat di Teater Mini Sekolah. Beberapa orang penceramah jemputan mengikut subjek telah diundang bagi menjayakan program ini. Program ini merupakan persiapan terakhir kepada calon yang menghadapi UPSR. Program bertujuan untuk memberi motivasi dan tips-tips berguna sebagai bekalan pelajar dalam peperiksaan sebenar. Semoga dengan program ini dapat memeberi semangat kepada pelajar untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam UPSR nanti.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
- See more at: http://kaki-blog-htj.blogspot.com