Click here for Myspace Layouts




CUTI TAHUN BARU CINA
Tarikh : 08 - 12 Feb.2016



Program Guru Penyayang Peringkat Daerah Sandakan
Program Guru Penyayang Peringkat Daerah Sandakan ini telah diadakan pada 9 Mei 2012 (Rabu) bertempat di SK.Sung Siew. Program yang julung kali diadakan ini telah dirasmikan dengan hormatnya oleh Datuk Dr.Muhiddin Yusin, Pengarah Pelajaran Negeri Sabah
Program Guru Penyayang 2012
Bantuan RM100 Tahun 1, 2012

Penyerahan bantuan RM100 untuk murid tahun 1 ini telah dijalankan pada 21.03.2012 (Rabu)bertempat di Pentas Budaya sekolah.
Bantuan Kewangan IOI 2012

Bantuan Kewangan ini telah disempurnakan oleh Guru Besar pada 28 Februari 2012 bertempat di bilik gerakan sekolah dan telah disumbangkan kepada 9 ahli keluarga yang berkelayakan. Ahli keluarga yang mendapat sumbangan ini adalah daripada keluarga yang berpendapatan rendah disamping anak-anak yang cemerlang dalam pelajaran mereka.Dalam majlis ini setiap keluarga telah menerima bantuan kewangan sebanyak RM4oo.oo
Majlis Perjumpaan Ibubapa Dan Guru 2012

Majlis perjumpaan ibu bapa dan guru ini telah diadakan pada 25 Februari 2012 (Sabtu) bertempat di Dewan Mini SK.Sung Siew.Seperti tahun-tahun sebelumnya,majlis ini diadakan adalah bertujuan untuk memberi ruang kepada ibu bapa dan guru berbincang secara langsung berhubung perkembangan anak-anak terhadap prestasi semasa pelajar-pelajar tahun 6 yang akan menghadapi peperiksaan UPSR yang bakal diduduki pada bulan September nanti,
Pesta Ang Pau SKSS 2012

Pesta Ang Pau peringkat sekolah ini telah dijalankan pada 02.02.2012 (Khamis). Sambutan diadakan dalam 2 sesi tahap 1 dan tahap 2. Walaupun disambut secara sederhana namun kemeriahannya cukup terasa dengan penglibatan guru-guru dam murid-murid dalam pelbagai acara yang diadakan.
Kejohanan Hoki MSS Daerah Sandakan 2012

Tahniah kepada pasukan hoki sekolah kerana merangkul naib johan dalam pertandingan Hoki MSS Daerah Sandakan yang diadakan pada 20.01.2012 baru-baru bertempat di Kompleks Sukan ibuga Sandakan.Sekalung tahniah juga kepada jurulatih hoki cikgu Jalih Osman di atas kejayaan ini sehingga 5 orang daripada ahli pasukan ini terpilih ke peringkat MSSB Sandakan.Semoga kecemerlangan dapat diteruskan..
AKTIVITI GOTONG-ROYONG SEKOLAH

Aktiviti gotong-royong ini dijalankan pada 20.01.2012 (Jumaat)bertujuan untuk menceriakan persekitaran sekolah terutamanya bilik-bilik darjah dan juga bilik khas.Semua kakitangan sekolah terlibat secara langsung menjayakan aktiviti awal tahun ini.Aktiviti ini juga serentak dengan persediaan untuk menyambut perayaan Tahun Baru Cina yang akan menjelang tidak lama lagi sekaligus memupuk nilai kecintaan kepelbagaian budaya dikalangan murid-murid.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
- See more at: http://kaki-blog-htj.blogspot.com