Click here for Myspace Layouts




CUTI TAHUN BARU CINA
Tarikh : 08 - 12 Feb.2016



Penyerahan Zakat Sumbangan Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) 2011
Pada 25 Ogos 2011 satu majlis penyampaian zakat sumbangan Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) telah diadakan di mini teater SK.Sung Siew. Sumbangan berjumlah RM10,000 telah disampaikan kepada 100 orang penerima yang layak berjumlah RM100.00 seorang. Majlis ini telah disempurnakan oleh Guru Besar,Pn.Florence Chong Mee Fook.
Tadarus Al-Quran Peringkat SK.Sung Siew,2011
Majlis Tadarus Al-Quran Peringkat SK.Sung Siew ini telah bermula pada 1 Ogos sehingga 24 Ogos 2011 sempena menyemarakkan lagi sambutan Ramadhan Al-Mubarak. Program ini adalah kerjasama sekolah di bawah panitia Pendidikan Agama Islam dengan Pejabat Pelajaran Sandakan. Majlis Perasmian dan Penangguhan program ini telah disempurnakan oleh Guru Besar Sk.Sung Siew, Pn Florence Chong Mee Fook.Diharapkan program ini dapat diteruskan pada setiap tahun untuk mendapatkan keberkatan di bulan yang mulia ini.
Kelab High Flyers Percubaan UPSR
Tahniah kepada semua murid yang berjaya !!!
Sumbangan Pelajar Miskin Oleh Syarikat Perladangan IOI
Sumbangan berbentuk kewangan oleh pihak Syarikat Perladangan IOI kepada pelajar miskin sekolah ini telah dijalankan pada 09 Ogos 2011 bertempat di tapak perhimpunan sekolah.Majlis ini telah disempurnakan oleh Pn.Hajjah Zahalia selaku wakil daripada pihak IOI.Pihak sekolah amat berbesar hati di atas sumbangan tersebut.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
- See more at: http://kaki-blog-htj.blogspot.com