undefined
undefinedundefined
Bantuan Kewangan ini telah disempurnakan oleh Guru Besar pada 28 Februari 2012 bertempat di bilik gerakan sekolah dan telah disumbangkan kepada 9 ahli keluarga yang berkelayakan. Ahli keluarga yang mendapat sumbangan ini adalah daripada keluarga yang berpendapatan rendah disamping anak-anak yang cemerlang dalam pelajaran mereka.Dalam majlis ini setiap keluarga telah menerima bantuan kewangan sebanyak RM4oo.oo
undefined
undefinedundefined
Majlis perjumpaan ibu bapa dan guru ini telah diadakan pada 25 Februari 2012 (Sabtu) bertempat di Dewan Mini SK.Sung Siew.Seperti tahun-tahun sebelumnya,majlis ini diadakan adalah bertujuan untuk memberi ruang kepada ibu bapa dan guru berbincang secara langsung berhubung perkembangan anak-anak terhadap prestasi semasa pelajar-pelajar tahun 6 yang akan menghadapi peperiksaan UPSR yang bakal diduduki pada bulan September nanti,
undefined
undefinedundefined
Pesta Ang Pau peringkat sekolah ini telah dijalankan pada 02.02.2012 (Khamis). Sambutan diadakan dalam 2 sesi tahap 1 dan tahap 2. Walaupun disambut secara sederhana namun kemeriahannya cukup terasa dengan penglibatan guru-guru dam murid-murid dalam pelbagai acara yang diadakan.