undefined
undefinedundefined
Hari Anugerah Murid SK.Sung Siew telah dilaksanakan pada 17 November 2011(Khamis).Majlis ini telah dirasmikan oleh En Lo Lie Meng selaku ahli lembaga pengurusan sekolah-sekolah Sung Siew.Tahniah ke atas jawatankuasa kerja yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis ini dengan penuh gemilang.
undefined
undefinedundefined
Mesyuarat Agong Amanah Kebajikan Warga SK.Sung Siew ini telah diadakan pada julung kalinya di Sabah Hotel pada 12.11.2011.Mesyuarat ini juga telah disempurnakan lagi dengan jamuan akhir tahun badan kebajikan ini.
undefined
undefinedundefined
Penyerahan Beg Sekolah ini diadakan di Sekolah Kebangsaan Sg.Anib 3 pada 11/11/2011. Beg sekolah untuk pelajar ini disumbangkan oleh syarikat insuran Great Eastern dan telah disampaikan oleh YB.Datin Linda Tsen Thau Lin,Ahli Parlimen P185 Batu Sapi. Pihak sekolah telah menerima sumbangan beg sekolah untuk pelajar sebanyak 40 buah beg sekolah bagi membantu mengurangkan beban pelajar daripada keluarga yang kurang berkeupayaan menghadapi musim persekolahan tahun hadapan.
undefined
undefinedundefined
Majlis Perpisahan Tahun 6 ini diadakan di Sabah Hotel pada 09.11.2011(Rabu).
undefined
undefinedundefined
Kem Membaca 1 Malaysia ini diadakan serentak seluruh Malaysia. Program ini telah tercatat dalam 'The Malaysia Book Of Records'. Pelancaran ini berlangsung selama 33 minit bermula jam 9.30 hingga jam 10.03
undefined
undefinedundefined
Sung Siew Annual Dinner ini diadakan pada 15.10 2011 (Sabtu) bertempat di Ball Room, Sabah Hotel.
undefined
undefinedundefined
Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia peringkat sekolah tahun ini diadakan pada 14.10.2011 (Jumaat).Aktiviti tahunan yang dijalankan ini disambut secara sederhana tetapi cukup meriah dengan pelbagai aktiviti dan persembahan daripada murid-murid tahap 1 dan 2.
undefined
undefinedundefined
Karnival Sukan dan Permainan ini dijalankan pada 8 Oktober 2011 (Sabtu) sempena penutupan aktiviti penutup kegiatan kokurikulum bagi tahun 2011. Aktiviti pertandingan yang dijalankan seperti pertandingan bola sepak, takraw, bola keranjang (lelaki & perempuan),bola jaring, permainan dalaman dan pertandingan sukan ilmu. Aktiviti mendapat sambutan yang cukup menggalakkan daripada murid terutamanya murid tahap 2.
undefined
undefinedundefined
Sambutan Hari Raya peringkat sekolah ini telah diadakan pada 21.09.2011(Rabu)di Pentas Budaya sekolah. Sambutan dijalankan secara dua sesi pagi dan petang. Pelbagai aktiviti yang diadakan bagi memeriahkan lagi suasana sambutan seperti pertandingan menganyam ketupat, pertandingan tulisan khat dan pertandingan fesyen raya. Walaupun sambuatn diadakan secara sederhana tetapi cukup meriah dengan penyertaan segenap warga sekolah.
undefined
undefinedundefined
Pertandingan Malaysia Asean Schools Math Olympiads (MASMO) 2011 ini telah dijalankan di Bilik Gerakan SK.Sung Siew pada 26 April 2011. Dalam pertandingan ini adik Muhammad Asyraf Mohammad Tan dari kelas 6 Amanah telah merangkul Bronze Award manakala adik Farah Nur Iman Mantaib mendapat Merit Award.Penyampaian sijil dan hadiah telah disempurnakan oleh Guru Besar pada 19.09.2011 semasa perhimpunan pagi.Pihak sekolah mengucapkan tahniah di atas pencapaian pelajar yang berkenaan.
undefined
undefinedundefined
Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Sekolah ini telah dijalankan pada 12.09.2011 (Isnin) bertempat di Pentas Budaya SK.Sung Siew. Sambutan telah dijalankan secara dua sesi pagi dan petang.Beberapa acara telah diadakan yang melibatkan penyertaan murid dan guru.Sambutan dijalankan secara sederhana tetapi penuh bermakna demi menanamkan semangat kemerdekaan dikalangan murid dan guru.
undefined
undefinedundefined
Program ini dijalankan pada 8 September 2011 bertempat di Masjid NurulSyakirin,Taman Indah Jaya, Sandakan. Program Solat Hajat ini bertujuan untuk memohon keberkatan dan keredaan dari Allah S.W.T agar dapat memberi hidayah dan kekuatan dalam menghadapi UPSR yang bakal dihadapi sekaligus berdoa memohon kejayaan yang cemerlang setelah berusaha. Program ini juga disertai oleh para ibu bapa pelajar. Semoga segala semua usaha para pelajar mencapai kejayaan yang cemerlang.
undefined
undefinedundefined
Program ini dijalankan selama tiga hari pada 5, 6 dan 7 September 2011 bertempat di Teater Mini Sekolah. Beberapa orang penceramah jemputan mengikut subjek telah diundang bagi menjayakan program ini. Program ini merupakan persiapan terakhir kepada calon yang menghadapi UPSR. Program bertujuan untuk memberi motivasi dan tips-tips berguna sebagai bekalan pelajar dalam peperiksaan sebenar. Semoga dengan program ini dapat memeberi semangat kepada pelajar untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam UPSR nanti.
undefined
undefinedundefined
Majlis Tadarus Al-Quran Peringkat SK.Sung Siew ini telah bermula pada 1 Ogos sehingga 24 Ogos 2011 sempena menyemarakkan lagi sambutan Ramadhan Al-Mubarak. Program ini adalah kerjasama sekolah di bawah panitia Pendidikan Agama Islam dengan Pejabat Pelajaran Sandakan. Majlis Perasmian dan Penangguhan program ini telah disempurnakan oleh Guru Besar Sk.Sung Siew, Pn Florence Chong Mee Fook.Diharapkan program ini dapat diteruskan pada setiap tahun untuk mendapatkan keberkatan di bulan yang mulia ini.
undefined
undefinedundefined
Tahniah kepada semua murid yang berjaya !!!
undefined
undefinedundefined
Sumbangan berbentuk kewangan oleh pihak Syarikat Perladangan IOI kepada pelajar miskin sekolah ini telah dijalankan pada 09 Ogos 2011 bertempat di tapak perhimpunan sekolah.Majlis ini telah disempurnakan oleh Pn.Hajjah Zahalia selaku wakil daripada pihak IOI.Pihak sekolah amat berbesar hati di atas sumbangan tersebut.
undefined
undefinedundefined
undefined
undefinedundefined
undefined
undefinedundefined
undefined
undefinedundefined
Program ini diadakan pada 14 Julai 2011 bertempat di Kompleks Sukan Sibuga.Program ini telah dirasmikan oleh Datuk Peter, Pang Menteri Belia dan Sukan Sabah sekaligus merasmikan acara pecah tanah bagi tapak kekal program lalu lintas ini.